Selamat Datang ke

EZ Child Care Centre

Sukar mencari penjaga anak2?
Risaukan keselamatan anak2?
Kenapa memilih taska untuk penjagaan anak?

Anda tentu seorang ibu/bapa yang perihatan terhadap anak-anak dan mempunyai masalah2 sebegini? Kami ada penyelesaian terbaik untuk anda. Perkhidmatan taska yang kami sediakan membantu serta meringankan tugas-tugas anda. 

Berbeza dengan pengasuh persendirian di rumah, di taska anak-anak dapat bergaul dengan rakan-rakan minda mereka lebih terbuka.

Sifat semulajadi kanak-kanak ialah mereka suka melahirkan imiginasi mereka dan antara satu caranya ialah melalui aktiviti kreatif. Oleh itu kami menyediakan aktiviti kreatif mengikut jadual untuk mereka mencuba. Tetapi aktiviti tersebut adalah mengikut tahap umur dan tahap kebolehan kanak-kanak tersebut. 
Pendidik/pengasuh kami akan membimbing dan sentiasa memberi galakan kepada anak-anak melakukan aktiviti berkaitan perkembangan mereka.

Taska kami mempunyai kawalan CCTV 24 jam mengawasi aktiviti anak-anak serta keselamatan mereka.Kami mempunyai pendidik/pengasuh yang terlatih dan berpengalaman. Mereka telah dihantar mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dari masa ke semasa untuk memastikan perkembangan terkini hal ehwal jagaan kanak-kanak.

Ruang dalaman yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak
Laman permainan yang luas dan sesuai untuk kanak-kanak
Sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) beroperasi 24 jam

Latar belakang EZ Child Care Centre

EZ Child Care Centre mempunyai dua taska yang bernaung di bawahnya, iaitu Taska Antasya dan Taska Carlina. Kedua-duanya telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ahli persatuan taska Negeri Selangor.

  1. Taska Antasya beralamat di No.2 Jalan Nuri 7/9, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
  2. Taska Carlina beralamat di Block D, Apt Carlina, Jalan Sepah Puteri, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor

Perkhidmatan kami:

  1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari bayi berumur 2 bulan dan ke atas.
  2. Penjagaan sepenuh masa/ harian (day care).
  3. Kelas Iqra
  4. Transit
  5. Perkhidmatan van sekolah untuk transit

Waktu operasi:

Hari

Sepenuh masa

Separuh Masa

Isnin – Jumaat

6.45 pg – 6.30 ptg

Shift 1 : 6.45 pg – 12.00 tgh

  

Shift 2 : 12 tgh – 6.30 ptg

Sabtu

Cuti (di buka atas permintaan)

Ahad

Tutup

 

Saya Shamsol Jazlisham bin Dismal adalah pengasas kepada taska Antasya dan Carlina dan isteri saya sebagai penasihat.

Saya memulakan perniagaan Perniagaan taska ini bermula pada tahun 1995 lagi. Ketika itu, saya bersama rakan kongsi berbincang dan membuat keputusan untuk membeli sebuah taska di Taman Kota Cheras, Fasa 3 bernama Taska Si Manja Ku Sayang. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah taska lain dan berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.  Beliau telah menguruskan taska sepenuh masa dan saya pada ketika menguruskan hal kewangan taska. Bermula daripada titik tolak ini, saya telah melibatkan diri dalam perniagaan taska sehinggalah sekarang.

Kemudian pada tahun 1999 kami telah menjalankan perniagaan masing2. Saya telah membuka taska secara persendirian di  taman Puchong Utama selama setahun dan kemudian setelah berkahwin saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kota Damansara dan membuka taska Antasya pada tahun 2000 kemudian diikuti pada tahun 2013 pembukaan taska Carlina.

Sepanjang melakukan perniagaan taska ini banyak suka duka…

Close Menu